28 Feb 2011

MANFAAT MANDI >>>>>>>>

Manfaat Mandi


Mandi


 


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk


membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan


penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam


New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan


masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula


darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam


dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


 


 


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


 


Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat


membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula


darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja


dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


 


 


Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan


darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12


hingga 18 darjah Celsius.


 


 


Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh


diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air


mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan


tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama


10 hingga 20 minit.


 


 


Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan


selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air


panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian


tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas


basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


 


 


Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang


mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia


merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema


dan sembelit.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar